Monday, 7 May 2012

Cara2 membuat or memilih hadiah utk hari ibu

Assalamualaikum..



Sperti yang kita sedia maklum bahawa dalam bulan 5 ni kita ada 2 sambutan untuk meraikan insan yang berharga dalam diri kita. 8 Mei ini merupakan sambutan Hari Ibu di seluruh Malaysia dan 16 Mei sambutan Hari Guru. Sedikit perkongsian mengenai Hari Ibu yang aku nak kongsikan dengan korang semua.



Bukan hadiah yang patut kita berikan sebaliknya adalah senyuman tat kala Ibu kita dalam ketenangan, kebahagian melihat dan merasai apa yang kita berikan. Jika hadiah yang buat si Ibu tersenyum ya silakan hadiahkan si Ibu, jika pertolongan, kejayaan, kebahagian yang buat si Ibu tersenyum maka hadiahkan la Si Ibu dengan pertolongan, kejayaan, kebahagian seperti mana yang Si Ibu harapakan.

Tapi zaman sekarang ni semue bagi hadiah kan?? so,sy nak bagi tawu cara2 membuat or memilih hadiah utk ibu kowang.Nak tawu?? bace kat bh tu :)



1.Pilihlah hadiah yang sesuai,mengikut hobi ibu kowang tu kew atau pown hadiah yang diew impi-impikan tapi x pernah dapat..  Haaa! mezti die terharu tahap melampau! huhu

2.Buat kad untuk beliau,mezti lebih afdal kalau kowang sebagai anak diew yang  buat kan.. Buat la corak-corak yang menarik n sesuai.. =,= 

3.Pilih tulisan yang boleh buat ibu kowang  senang baca. Jangan la berbelit2,tersimpul sana sini,sekecik2 semut or terlampau besar macam nak bagi amaran je kat beliau. Sederhana dan ringkas.  . Kalau tak paham gak,sila jangan segan untuk bertanya :)

4.Kadang-kadang perasaan ibu ni lain taw.Diew sukew klu anak-anak diew buat sprise! so kowang buatla kejutan untuk diew..

5.Itu je kot perkara asas buat masa nih yang aku dapat kongsikan,kalau ade lagi,aku update okeh :))
6.Haaa,bawu teringat..Hadiah yang bermakne bagi seorang ibu yang telah melahirkan kitew,kejayaan ialah hadiah yg paing special.
7. Patah balik pergi ke no.5. hehehe :))


Thursday, 3 May 2012

cara2 mengurangkan berat badan =,=


Assalamualaikum..

Okey,arini Saya nak tulis tentang masalah remaja ari ini.Hmm,ye la kan.Ramai remaja sekarang ni yang mengalami masalah obesiti.Haaa! Saya ada la tengok2,geledah2,skodeng2 maklumat kat google,n ahirnya Saya menemui satu kaedah atau cara2 mangurangkan berat badan dengan sihat dan efisyen.Jadi di bwh ini Saya sertakan cara2nya.SELAMAT MEMBACA! :)

  • Pastikan kowang makan mengikut waktu sarapan,makan tengahhari (sekalisekale ape salahnye minum petang sambil beriadah),makan malam.
  • Lebihkan makanan yang bersumberkan protien n vitamin,sebaliknye kurangkan makanan yang bersumberkan kabohidrat.
  • Bersenam!jangan memakse diri sangat,klu mlz sangat kowang tawaf jew rumah kowang tu (sambil2 tu boleh usya abang sebelah umah yang encem2 ,kuikuikui)
  • Minum air banyak-banyak sekurang-kurangnye lapan liter sehari.
  • Makan di ruang makn,dan bukan di depan tb.
  • Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya kowang tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
  • Akhir sekali, pastikan kowang mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
  • Penuhkan hari kowang dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Haaa! dah bacekan?? apelagi mulekan lah ari ini..


Salam sayang,
B'ya Lachidah

Wednesday, 2 May 2012

Cara Nak Cantikkan Blog?



Peningkan kepala macam mana nak cantikkan blog nih.. adusss.. sayew pn sama.. naik biol kepala ngadap coding.. nasib la tak juling.. 

Kalau dah datang mood nak berblogging,perghhh!! memang tak pandang keje lain dah.. 
Lagi2 kalau buat "eksperimen" menjadi.. lagilah sayew sukaaaa.. hahaha

Ok,nak cantikkan dan melawakan blog nih kene ade caranya jugak,biar orang selalu nak masuk blog kite,naik la raking kite kan? best tuh wooo.. Macam sayew pun,banyak gak nak kene belajar lagi,tapi slow2 la kan,takkan terus pandai lak kan.. musykil musykil ~

Ini ape yang sayew tengok,usha2 blog orang lain,so sayew kongsi kan sikit cara nak buat blog yang orang akan at least cakap :
 "sempoi gile blog die".. :))

1.Pilih background yang sesuai. Pilihan warna itu penting. Berani bermain dengan warna. Contoh blog yang sediakan background yang sempoi The Cutest Background. Tapi jangan terlalu menyakitkan mata pulak ye. 

2.Letak widget untuk bahagian sidebar yang bersesuaian. Contoh widget relevan seperti jam,tarikh,counters atau sebagainya. Jangan letak yang bukan2. Cari kat SINI kalau nak graphic yang comel untuk widget korang. Untuk jam or tarikh,korang klik link INI.

3.Pilih tulisan yang boleh buat orang senang baca. Jangan la berbelit2,tersimpul sana sini,sekecik2 semut or terlampau besar macam nak bagi amaran je kat orang. Sederhana dan ringkas. Nak ubah tulisan dalam blog sila baca tutorial INI . Kalau tak paham gak,sila jangan segan untuk bertanya :)

4.Menulis entry yang tak merapu atau merepek. Aku tak galakkan penggunaan bahasa kesat,untuk blogger muda,jangan terlalu obses dengan politik sampai menyimpang dan mencetuskan kontrovesi,elak menulis sesuatu yang boleh mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Ingat,sekarang dunia dah semakin maju,kang tak pasal2 ade yang kene bermalam kat lock-up. Tapi kalau terlampau jiwang dan mengedik takde sape nak marah,cuma meluat je.. hahaha. Please lah okeh! Stop! Euww..

5.Itu je kot perkara asas buat masa nih yang aku dapat kongsikan,kalau ade lagi,aku update okeh :))
6.Hah! Baru teringat..hehe okeh.
Pilih nama blog yang SENANG orang nak ingat. Kadang2 orang tak cari kite pakai main name,orang cari pakai url blog. So dinasihatkan sangat2,tolonglah reka nama blog yang .................... .blogspot.com tuh elok2 sikit,takdelah tergeliat lidah nak menyebutnyakan. Kalau dah panjang merepek punya nama,orang cari tak dapat,confirm orang malas dah nak masuk tengok. Betul tak?? 
7. Patah balik pergi ke no.5. hehehe :))

p/s : AMARAN PENTING! BILA DAH MAIN INTERNET TUH JANGANLAH SAMPAI LALAI NAK SOLAT PULAK! oppsss...

Hyee,dowg dpt pegi pesta buku lah

assalamualaikum.

Alhamdulilah hope kowang sihat,syew  berharap sangat kowang seronok bace entry buat kali ni.sebab i just want tell about my frenz visit to the KUALA LUMPUR for pesta buku.Dan i ini mungkin  untuk u'all bace bagi menghilangkan tension..

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih telah pun mengadekan satu lawatan ke Pesta Buku atas name BADAR.Best jew bile denga diowang cite pasal lawatan tu.Dengar cite diownag dapat berjumpe dengan novelis terkenal AIN MAISARAH.Ish-ish-ish-ish(bukan kate gande dah ni,tapi kate bergande-gande).. seronoknye dapat jumpe Ain Maisarah face to face.

(Okey straight to the point) mungkin saye takde rezeki nak pegi taon ni.Tapi takpe insyaallah,taon depan ade.Dan,thank you for my fren sebab dah belikan saye buah tangan daripade sane.Walaupon x sebesar mane lah hadiah tu tapi dah cukup bermakne buat sayew sebab ie dari seorang rakan.. thank my fwenn..



cantekkan?? sayew sukekannye..

Okeyh,hope u'all enjoyed membace entry sayew kali ini,sayew tawu sayew bukan penulis yang baek..tapi manew tawu daripade menulis blog yang x seberape ni,satu ari sayew boleh jadi penulis yang terkenal.. Haaa,mase tu jangan jelezz..


Salam Sayang,
B'yaLachidah


Monday, 30 April 2012

Epy bezday my brother

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,bawu jew lepaz menyambut ari lahir adek sayew.x la meriah sangat pown.kadang-kadang cemburu jugak ngan diee coz setiap taon celebret ari jadi.lapan taon berturut-turut tu.huh,saba jewla.naseb baek adew owang yang selalu ingat ari jadi sayew."cyg awk" [eclusive tu]..






Hmm,jelous sangat2 ni taw.Hehehe,tapi adek beradek x boleh adew perasaan cam tu kan?? So,be cool sudah !!!

Eppy bezday adeq ku..


Seronok,jew dapat kewage mcm ni,walaupon tampe kehadiran seowg ibu..



ahli forensik.Susah kew?

Assalamualaikum..


Huh!Dulu sayew tak tawu sangat pasal Blogger ni taw.Tapi alhamdulilah,sayew banyak lihat blog-blog owang laen.Hmm,memang senang rupenye nak kendalikan blog.Okey sebenarnye saye adew cite-cite iaitu nak jadi Ahli Forensik.Hahaha! funny kan?? sayew tak tawu kenape saye suke bidang sains ni.

Tapi sayew tertanye-tanye jugak,senang kew nak jadi Ahli Forensik ni?? nampak macam susah jew,mezti kene hebat Biology,kimia,Fizik,Math,Add Math and BI.Semue tu menggerunkan sayew taw.Tapi bak kate pepatah 'Dimana Ada kemahuan,Disitu Ade jalan'. So,kenelah usehe kan??

tegok pic ni jew dah bekoba-koba







So,sesape yang becite-cite nak jadi Ahli Forensik tu usehe taw.usehe tangge kejayaan.. ahir katew babai :))

Salam Sayang,
B'ya Lachidah




Saturday, 28 April 2012

FORENSIK & BEDAH SIASAT (BEDAH MAYAT)- PERBINCANGAN SAINS


Dalam kepesatan dunia membangun samada dari segi pembangunan,ekonomi dan
teknologi,masalah sosial juga turun meningkat di sebabkan tiadanya keseimbangan di antara
kemajuan jasmani dan rohani. Perkara tersebut telah di gambarkan oleh Allah Taala di dalam Alquran dan menegaskan bahawa puncanya adalah perbuatan buruk daripada manusia itu sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab
apa yang dilakukan oleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan kepada mereka
sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
(Ar-Rum:41)
 Sebagai agama yang mampu menjadi penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul,
islam telah menetapkan qanun dan undang-undang yang berkaitan dengan masalah
jenayah,untuk menjadi panduan para hakim dan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman
kepada penjenayah yang melakukan kesalahan.Undang-undang jenayah islam itu terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu qisas,hudud dan ta’zir yang akan di jatuhkan apabila cukup bukti dan
dalil untuk menyabitkan kesalahan kepada penjenayah.
  Masalah yang timbul ialah apabila penjenayah yang melakukan kesalahan tidak di ketahui atau
kekurangan bukti untuk menyabitkan kesalahan kepada penjenyah. Dalam kes sebeginilah,maka
kepakaran dalam bidang forensik diperlukan untuk mengkaji kes2 jenayah dan mencari bukti bagi
menyabitkan kesalahan ke atas mana2 individu yang bersalah. Langkah ini adalah amat penting
untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup manusia di muka bumi ini.
  Sebagaimana yang sudah di maklumi oleh semua,bahawa islam mengiktiraf keahlian dan
kepakaran seseorang dalam bidang masing-masing untuk menyelesaikan setiap masalah yang
timbul
Firman Allah s.w.t:
 Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Adz-dzikr(orang yang mengetahui) jika kamu tidak
mengetahui
(Al-anbiya’:7)
   Di dalam bidang sains perubatan yang luas, terdapat satu cabang ilmu yang di namakan
forensik. Bidang ini membincangkan prosedur dan langkah2 yang diambil untuk mencari buktibukti di dalam kes-kes jenayah. Apabila pakar-pakar yang terlibat di dalam bidang forensik ini
mendapat bukti yang kukuh di dalam kajian mereka,bukti-bukti inilah yang di bawa ke mahkamah
untuk menyabitkan kesalahan bagi individu yang tertuduh.
   Tugas seorang yang terlibat dengan bidang forensik atau di kenali sebagai pakar bedah mayat
di anggap satu tugas yang membosankan kerana ruang lingkup pekerjaannya banyak terlibat
dengan mayat.Malah,suatu masa dahulu,tugas ini di pandang sebagai satu tugas di luar etika
budaya dan kemanusiaan,terpaksa membedah mayat orang yang sudah mati malahan ada yang
mengatakan ianya satu tugas yang kejam.
  Sebenarnya tanpa di sedari,di sebalik anggapan yang pelbagai itu,tugas pakar ini sangat
penting di dalam kes yang melibatkan kes kemalangan ,pembunuhan ,rogol ,bakar , liwat,rentung
dan bermacam-macam kes lagi-umpama mencari bukti tanpa perlu bertanya kepada si mangsa.
Persoalan mengenai satu-satu kes kematian perlu di selesaikan supaya memudahkan urusan
banyak pihak termasuklah pihak polis dan keluarga mangsa.
   Tugas asas sebagai seorang pegawai perubatan unit forensik ialah menjalankan bedah
siasat,khususnya kes-kes biasa seperti kemalangan jalan raya,kematian mengejut yang
normal,bunuh diri dan lemas.Manakala tugas seorang pakar forensik menjurus kepada kes yang
lebih berat seperti kes bunuh,komplikasi,mati dalam tahanan,mengandung dan mayat reput.
   Bedah siasat hanya boleh di jalankan setelah mendapat arahan daripada pihak polis.Jika ahli
keluarga dan waris tidak mengizinkan proses bedah siasat di jalankan,maka waris perlu
mendapatkan perintah majistret dan menarik balik arahan yang di keluarkan oleh pihak
polis.Jabatan forensik hanya akan menerima arahan untuk membedah selepas mendapat izin
daripada ahli keluarga. 3
   Jika sesuatu kes melibatkan kes bunuh,pakar forensik di kehendaki pergi ke mahkamah untuk
memberikan keterangan.Ada kalanya terpaksa pergi ke tempat kejadian untuk melakukan
pemeriksaan kes yang berlaku.Pihak polis sendiri tidak akan menyentuh atau mengubah
kedudukan mayat selagi pakar forensik belum selesai melakukan pemeriksaan untuk
mengelakkan bukti yang penting dari terhapus.
  Di dalam kertas kerja yang terbatas ini,penulis akan menerangkan serba ringkas tentang
beberapa perkara yang bersangkutan dengan bidang forensik ini.Di antara tajuk yang akan
disentuh ialah:
1) Diagnosis kematian dan perubahan yang berlaku kepada mayat
2) Kes-kes jenayah yang melibatkan kecederaan
3) Kajian ke atas tompokan darah yang terdapat di sekitar kawasan berlakunya jenayah
4) Jenayah seksual(rogol)
5) Kes pembunuhan bayi
6) Fatwa ringkas berkenaan bedah siasat
Di harapkan agar penjelasan ringkas ini dapat memberi gambaran umum tentang bidang ini
kepada sidang pembaca sekalian,insyaAllah.
     “Daku hanya bertujuan untuk islah(memperbaiki) sedaya upayaku,dan tiadalah aku
beroleh taufiq(petunjuk) untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah,
kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”
(Hud:88)
2.0 DIAGNOSIS KEMATIAN DAN PERUBAHAN MAYAT
--------------------------------------------------------------------------
  Kematian adalah suatu perkara yang pasti menemui semua makhluk yang bernyawa. Firman
Allah s.w.t:
“ Katakanlah(wahai Muhammad),maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,tetaplah
ia akan menemui kamu”
(Al-Jumu’ah:8)
  Memastikan kematian merupakan suatu perkara yang penting bagi doktor yang terlibat untuk
mengelakkan berlakunya penanaman manusia yang hidup ke dalam kubur (premature burial) dan
penyimpanan tubuh manusia yang hidup di dalam peti sejuk penyimpan mayat. Di antara
langkah-langkah yang biasa di ambil oleh doktor ialah:
1) Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
- ianya di kesan oleh doktor menggunakan steteskop untuk mengesan bunyi
degupan jantung dan pernafasan selama 5 minit
- aktiviti jantung juga boleh di kesan melalui Elektrokardiogram(ECG)
2) Memeriksa tanda-tanda mati otak
- Hilangnya respon pupil kepada cahaya
- Ketiadaan reflek kornea kepada sentuhan
- Hilangnya respon otot kepada rangsangan sakit
3) Primary flaccidity
- primary flaccidity ialah keadaan di mana kesemua otot-otot badan berada
dalam keadaan rehat dan lembut
                  -     ianya di kesan oleh doktor melalui jatuhnya rahang bawah dari kedudukan
asal,hilangnya kedutan di muka si mati,pupil mata berkembang.
                  -    keadaan ini kekal selama 2 jam dan selepas itu otot akan menjadi keras
4) Contact flattening
- contact flattening ialah keadaan di mana bahagian badan yang cembung
seperti punggung dan peha akan menjadi rata dan mendatar di sebabkan kesan
graviti dan berat badan kepada otot.      
5) Tanda pada mata
- hilangnya respon kornea pada sentuhan dan reflek pupil pada cahaya
- bahagian depan bebola mata menjadi lembut apabila di tekan
6) Perubahan kulit 4
- Kulit akan berubah menjadi pucat di sebabkan darah yang terdapat di
dalam salur kapilari darah dibawah kulit turun ke salur darah besar yang jauh
dari kulit
7) Penurunan suhu badan
- Suhu badan mayat menurun kira-kira 1 darjah selsius setiap jam
- Ianya berlaku disebabkan hilangnya haba dari badan tanpa berlaku proses
metabolisma yang membekalkan haba kepada badan
8)  Hypostasis (Lebam mayat)
- Apabila berlaku kematian,bahagian badan yang paling bawah akan menjadi
lebam disebabkan darah berkumpul di bahagian tersebut akibat tarikan graviti
- Hypostasis berlaku selepas 1 jam kematian dan lebam tersebut akan hilang
selepas 8 jam
- Kepentingan hypostasis kepada doktor dan pakar forensik:
# kawasan lebam luas di dalam kes mati tercekik(ketiadaan udara),dan sedikit di
dalam kes mati akibat pendarahan
# warna lebam:ungu dalam kes kematian biasa,biru dalam kes mati
tercekik,merah dalam kes kematian akibat kesejukan dan keracunan
# bahagian badan yang lebam: bahagian belakang badan dalam kematian
biasa,bahagian kaki dalam kes kematian akibat tergantung,bahagian kepala
sekiranya mati akibat lemas di dalam air
9) Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
- Rigor mortis ialah keadaan di mana tubuh badan si mati menjadi keras
menggantikan primary flaccidity selepas 2 jam
- ianya berlaku akibat pemecahan A.T.P yang membekalkan air kepada otot
menyebabkan otot kehilangan air dan menjadi keras.
- masa berlakunya rigor mortis ialah selepas 2 jam kematian dan hilang
selepas 18 jam.Selepas 18 jam,otot kembali menjadi lembut.(putrefaction/2ry
flaccidity)
10) Putrefaction/2ry flaccidity
- 2ry flaccidity berlaku kepada mayat akibat penguraian bahan organik
di dalam badan mayat kepada bahan tak organik oleh bakteria
(Clostrium Welchii) yang majoritinya terdapat dalam usus manusia
- Ianya bermula selepas 18 jam kematian menggantikan rigor mortis
- Doktor dan pakar forensik dapat mengagak tempoh kematian berdasarkan
fasa2 perubahan yang berlaku:
(a) 2 hari selepas kematian-bahagian bawah perut berubah warna
menjadi kehijauan dan berurat.
(b) 1 minggu-perut dan muka mengembang
(c) 2 minggu-kulit terpisah dari otot
                     -perut menjadi pecah dan organ dalaman berubah
                      menjadi cecair
(d) 1 tahun- ligamen akan hilang dan meninggalkan tulang yang    
                    terpisah.
   
3.0  KES-KES YANG MELIBATKAN KECEDERAAN
---------------------------------------------------------------------
 Di dalam kes jenayah yang melibatkan kecederaan samada membawa kepada kematian
ataupun tidak,doktor dan pakar forensik yang terlibat akan mengkaji dan memeriksa kecederaan
tersebut dari beberapa aspek:
1-Jenis-jenis kecederaan
2-Kecederaan tersebut wujud sebelum(ante-mortem) atau selepas kematian(post-mortem) 5
3-Anggaran masa kecederaan
4-Beza di antara luka yang dibuat sendiri oleh mangsa,di cederakan oleh orang lain atau
kecederaan akibat kemalangan yang tidak di rancang
 Di dalam hukuman islam sendiri,luka yang disebabkan oleh orang lain termasuk di dalam
hukuman qisas iaitu di balas dengan seumpamanya.Di dalam surah Al-Maai’dah ayat 48,Allah
s.w.t berfirman:”Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu,bahawa jiwa
di balas jiwa,dan mata di balas mata,dan hidung di balas hidung,dan telinga di balas
telinga,dan gigi di balas gigi dan luka-luka hendaklah di balas(dengan seimbang)”
3.1-JENIS KECEDERAAN (TYPE OF WOUND)
     (3.1.1)Abrasion (melecet)
-contoh kes:1-Di dalam kes kematian akibat di cekik,melecet berlaku di sekeliling
                        leher mangsa berbentuk bulan sabit(semi-lunar/fingernail abrasion)
                   2-Di dalam kes mati akibat tercerut tali atau menggantung diri,melecet      
                       berlaku di leher mangsa berbentuk tali yang di gunakan untuk mencerut
                       leher (ligature mark)
                   3-Di dalam kes kemalangan jalanraya,melecet berlaku di badan mangsa
                       samada berbentuk bunga tayar kenderaan atau terseret di atas jalan raya.
(3.1.2)Bruises/contusion(lebam)
-Lebam berlaku akibat luka yang menyebabkan salur darah di bawah kulit pecah dan darah
tersebut berkumpul di antara sel-sel tisu di bawah kulit
-Lebam akibat kecederaan ini perlu di bezakan dengan lebam mayat(hypostasis).Di antara
perbezaan yang ketara ialah:
# Lebam akibat kecederaan berlaku di mana-mana bahagian badan sedangkan hypostasis
berlaku di bahagian badan mayat yang paling bawah
# Perubahan warna akan berlaku kepada lebam akibat kecederaan (merah->biru->kuning)
manakala hypostasis kekal dalam warnanya yang asal
# Di dalam kes lebam akibat kecederaan,darah berkumpul di luar salur darah yang
pecah,sedangkan dalam kes hypostasis,darah kekal di dalam salur darah
(3.1.3)Cut wound ( luka di kelar benda tajam)
- Dalam kes di kelar benda tajam,kajian perlu di tumpukan untuk membezakannya dengan kes
di kelar oleh benda yang tumpul (contused/lacerated wound)
CUT WOUND LACERATED WOUND
1)Luka yang sekata dan tidak melecet Luka yang tidak sekata dan melecet
2)Kerosakan tisu yang minima Kerosakan tisu maksima
3)Luka tidak berkumpul di bawah kulit Luka terkumpul membawa kepada jangkitan
4)Mudah sembuh Luka yang lambat sembuh
5)Hujung bulu terpotong tajam Hujung bulu yang tidak sekata
         6
3.2)PERBEZAAN ANTARA KECEDERAAN SEBELUM(ANTE MORTEM)/SELEPAS
KEMATIAN(POST MORTEM)
ANTE MORTEM INJURY POST MORTEM INJURY
1)Luka di liputi oleh kulit yang kemerahan Luka tanpa kawasan kulit yang merah
2)Berlaku fasa sembuh(parut) Tiada parut
3)Luka melebar dan meluas Luka kekal dalam bentuk asal
4)Darah beku berkumpul antara luka Tiada darah  beku berkumpul
5)Sel-sel darah meliputi kawasan luka
(di lihat melalui mikroskop)
Tiada sel darah
3.3)ANGGARAN MASA KECEDERAAN
    Anggaran masa dapat dibuat berdasarkan perubahan luka dan pembentukan kuping dan
parut(scab and scar)
Luka membengkak+darah beku Darah beku mengeras dan memenuhi kawasan luka
(1 hari)                                            (3 hari)                
Parut berwarna merah terbentuk Parut berwarna merah tua
( 3 minggu)                                            (3 bulan)
Parut semakin pudar dan hilang (6 bulan)
3.4)BEZA DI ANTARA LUKA YANG DI BUAT SENDIRI OLEH MANGSA(SUICIDE),DI
CEDERAKAN OLEH ORANG LAIN(HOMICIDE) ATAU AKIBAT KEMALANGAN(ACCIDENT)
    3.4.1)Bukti keadaan di kawasan kejadian
          a)Sejarah hidup
suicide-sejarah hidup bermasalah
homicide-pernah di ugut atau di beri ancaman oleh pihak lain
         b)Keadaan rumah
suicide-rumah tidak bersepah+pintu terkunci dari dalam
homicide-rumah yang bersepah(tanda adanya pergelutan)
         c)Cap jari dan rambut di kawasan kejadian
suicide-tiada cap jari asing
homicide-adanya rambut dan cap jari orang asing di kawasan kejadian
    3.4.2)Pemeriksaan terhadap mangsa
         a)Jantina
suicide-majoritinya adalah kaum lelaki
homicide-kedua-dua jantina(lelaki atau perempuan)
         b)Kedudukan mayat
suicide-di dalam bilik/di depan cermin
homicide-di mana-mana kawasan rumah
         c)Darah terkumpul
suicide-darah berkumpul di depan mangsa atau membasahi dinding/cermin
homicide-darah berkumpul di belakang mangsa
3.4.3)Pemeriksaan luka
        a)Kawasan badan yang luka
suicide-di leher,pergelangan tangan,bahagian depan badan(tidak mungkin                                        
      bahagian belakang badan)
homicide-di mana-mana bahagian badan 7
       
         b)Arah dan bentuk luka di leher
suicide-menyerong(oblique)
homicide-melintang(transverse)
3.4.4)Pemeriksaan alat/senjata yang terdapat di kawasan kejadian
        a)Kewujudan senjata
suicide-wujud
homicide-tidak wujud
        b)Jenis senjata
suicide-semua jenis senjata/alat yang boleh di capai oleh tangan
homicide-senjata yang tajam dan boleh membunuh
        c)Cap jari
suicide-cap jari milik mangsa
homicide-cap jari milik orang asing
3.4.5)Pemeriksaan individu yang tertuduh
        a)Tanda-tanda pergelutan-samada dalam bentuk baju yang koyak atau luka di badan
            individu tertuduh
        b)Darah atau bulu/rambut-terdapat darah atau bulu mangsa di badan tertuduh
4.0 KAJIAN KE ATAS TOMPOKAN DARAH (BLOOD STAIN)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
  Tompokan darah merupakan salah satu bukti yang penting dalam membuktikan kesalahan
jenayah,yang biasanya di dapati di kawasan kejadian jenayah. Di dalam mengkaji kes-kes yang
berlaku,doktor ataupun pakar forensik akan memeriksa tompokan darah dalam rangka untuk
mendapat jawapan kepada 3 perkara:
1-Adakah tompokan tersebut merupakan tompokan darah sebenar?
2-Adakah ianya darah manusia?
3-Adakah ianya darah kepada individu tertentu?
(4.1)   Untuk memeriksa dan mengecam samada tompokan darah tersebut merupakan tompokan
darah yang sebenar atau tidak,terdapat 2 jenis ujian yang biasa di lakukan di dalam
makmal.Ujian yang pertama ialah ujian kimia dan di ikuti oleh ujian kedua iaitu ujian mikroskop.
4.1.1)Ujian kimia
- Ujian ini bergantung kepada kandungan enzim oxidase di dalam darah
- Terdapat 3 bahan kimia yang boleh di gunakan iaitu:
a)Guaiacum Test (warna kuning warna hijau)
b)Benzidine Test (Kelabu biru)
c)Phenol-phtaline (Tiada warna ungu)
4.1.2)Ujian mikroskop
- Tompokan darah akan di letakkan di bawah mikroskop dan bentuk sel darah dapat                                
dapat di bezakan
Darah manusia Darah unta Darah bukan mamalia
Bulat,tidak bernukleus Bujur,tidak bernukleus Darah bernukleus
   
(4.2)  Untuk mengetahui samada tompokan darah tersebut merupakan darah manusia
        ataupun tidak,doktor dan pakar forensik akan melalui 2 langkah yang penting iaitu:
1)Pemeriksaan melalui mikroskop
2)Ujian pemendakan(Precipitin Test)
-Ujian ini berdasarkan teori pemendakan yang berlaku apabila antigen(tompokan
darah)bergabung dengan antibodi(serum yang di perolehi hasil dari suntikan darah 8
manusia kepada arnab).Sekiranya darah tersebut merupakan darah manusia,ianya
akan termendak di bahagian dasar tabung uji.
(4.3)   Untuk mengetahui adakah darah tersebut milik individu tertentu,pemeriksaan di buat
berdasarkan jenis-jenis kumpulan darah(blood group).Terdapat beberapa teknik dan sistem
dalam pembahagian kumpulan darah.
4.3.1)Sistem A.B.O
-Berdasarkan sistem ini,manusia terbahagi kepada 4 kumpulan samada darah jenis
A,B,AB atau O berdasarkan antigen (agglutinogen) yang terdapat pada sel darah
merah(R.B.C)
-Jadi seseorang yang termasuk dalam kumpulan darah A mempunyai antigen A pada sel darah
merahnya dan antibodi B di dalam serumnya
-Kumpulan darah B:mempunyai antigen B pada sel darah merah dan antibodi A di dalam serum
-Kumpulan darah AB:mempunyai antigen A dan B pada sel darah merah dan tiada antibodi
didalam serumnya
-Kumpulan darah O:Tiada antigen pada sel darah merah dan mempunyai kedua-dua antibodi
iaitu A dan B
#  Konsep dalam pemindahan darah: Sekiranya antigen A (kumpulan darah A) bertemu dengan
antibodi A(kumpulan darah B),maka darah akan menggumpal dan sel darah merah akan
pecah(hemolysis).Seterusnya simptom-simptom yang akan berlaku ialah:
     -Demam dan lemah
     -Kulit dan mata menjadi kuning
     -Terdapat hemoglobin/sel darah di dalam air kencing
     -Kesakitan dada dan kerosakan buah pinggang

      4.3.2) Pemeriksaan D.N.A
-    D.N.A ialah singkatan kepada “deoxy ribonucleic acid”.Ianya merupakan bahan genetik
yang terdapat di dalam nukleus semua sel-sel tubuh.Bahan-bahan yang membina D.N.A
ialah gula,phophate dan alkali.
-    Aplikasi forensik berdasarkan bahawa D.N.A terdiri daripada urutan alkali dan urutan ini
berbeza bagi setiap individu. Ujian ini juga boleh di lakukan pada semua sel yang
terdapat pada badan individu termasuklah rambut,darah dan sperma.Jadi,pemeriksaan
D.N.A di gunakan untuk menyabitkan kesalahan bagi penjenayah yang tertuduh,
mengenalpasti ibubapa bagi anak yang di buang,mengecam tubuh yang terputus dan
mengenalpasti jantina.
-    D.N.A boleh di ekstrak dari specimen seperti sel-sel tubuh manusia,di bahagikan
secara kimia kepada fragmen-fragmen dan membentuk paten-paten tertentu(D.N.A
Finger Print).Paten-paten ini akan di bandingkan dengan paten D.N.A yang di perolehi
dari tompokan darah di kawasan kejadian kes.Sekiranya ianya mempunyai persamaan,
maka tidak di ragukan lagi bahawa yang tertuduh adalah empunya tisu dan tompokan
darah.Keputusan ini dapat menolak kemungkinan tentang keterlibatan orang lain,kecuali
kembar penjenayah(yang mempunyai susunan D.N.A yang sama) 9
# JADUAL TENTANG WARISAN GENETIK(BERDASARKAN KUMPULAN DARAH)
KUMPULAN DARAH
IBU BAPA
      KUMPULAN DARAH ANAK
BAPA IBU MUNGKIN TIDAK MUNGKIN
1) A
2) A
3) B
4) B
5) A
6) O
7) AB
8) AB
 A
 O
 B
 O
 B
 O
 O
A / B / AB
 A /  O
 A /  O
 B  /  O
 B  /  O
 A  /  B  / AB / O
 O
A  /  B
A  /  B  /  AB
 B  /  AB
 B  /  AB
 A  /  AB
 A  /  AB
    -
 A  /  B  / AB
 AB / O
     O
5.0 JENAYAH SEKSUAL
--------------------------
  Di dalam kes jenayah seksual,ianya terbahagi kepada 2 bahagian,samada hubungan haram (di
luar ikatan pernikahan yang sah di sisi syarak) dengan seorang wanita itu berlaku dengan
persetujuannya ataupun tanpa persetujuan.Jika hubungan tersebut berlaku dengan persetujuan
wanita tersebut,maka ianya di kelaskan didalam kes zina dan jika sebaliknya maka ia termasuk di
dalam kes rogol.
  Allah s.w.t sebagai pencipta manusia telah menyediakan jalan yang suci dan bersih untuk
manusia menyalurkan nafsunya melalui perkahwinan.Oleh sebab itu,apabila masih berlaku kes
rogol mahupun zina,Allah s.w.t menyediakan balasan yang pedih untuk mereka yang
melakukannya melalui hukuman hudud.Di dalam Surah An-Nur,Allah menegaskan perkara
ini:”Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu di pengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah jika kamu
benar-benar beriman kepada hari akhirat”(An-Nur:2)
  Di dalam bidang forensik ini,mereka yang terlibat akan memeriksa dan memastikan adakah
hubungan seks yang di lakukan secara haram itu mendapat persetujuan wanita yang terlibat
ataupun tidak
(5.1)   Di dalam memberikan keterangan,wanita tersebut mestilah:
a)Tidak di bawah 18 tahun, iaitu umur yang di benarkan membuat pengakuan
b)Wanita tersebut tidak mempunyai masalah mental,kerana wanita yang bermasalah mental
seperti gila dan terencat akal tidak di kira persetujuan mereka dan kes di kira sebagai kes rogol
c)Wanita tersebut tidak di ugut,tidak diberi ubat yang memabukkan,dan tidak di bius
(kerana terdapat kes,wanita yang di bius menuduh doktor merogolnya,maka kehadiran orang
ketiga di perlukan dalam kes-kes bius)
  Setelah perkara di atas selesai,maka doktor dan pakar forensik akan memeriksa kes tersebut
dari 2 aspek iaitu mangsa dan lelaki yang tertuduh.
 (5.2)  Pemeriksaan mangsa
1-Persetujuan mangsa untuk di periksa(atau penjaganya sekiranya mangsa di bawah 21 tahun)
2-Cerita tentang kes tersebut dari mangsa sendiri,umurnya,kelakuannya,dan tubuh badan
mangsa dari segi fizikal dan mental
3-Tanda-tanda di ganasi secara umum (samada rambut,baju,tubuh badan) ataupun secara
khusus (bahagian kemaluan mangsa) 10
4-Tompokan air mani(normal=ketebalan 3cc,berwarna kuning keputihan,menganduni berjuta-juta
sperma dan boleh kekal selama 7 hari di dalam kemaluan wanita). Pemeriksaan di buat samada
melalui mikroskop,ujian kimia,ujian pemendakan ataupun D.N.A.
(5.3)  Pemeriksaan lelaki yang tertuduh
1-Persetujuannya untuk di periksa
2-Cerita tentang kes tersebut dari orang yang tertuduh
3-Umurnya mestilah lebih dari 14 tahun,normal dari segi fizikal dan mental
4-Pemeriksaan di bahagian kemaluan lelaki yang tertuduh
5-Kes mati pucuk(kemaluan tidak berfungsi) kerana dalam kes ini,tidak mungkin lelaki yang
menghidapi masalah mati pucuk merogol wanita
# langkah ini juga di ikuti dalam masalah wanita menuntut cerai akibat kemaluan suaminya tidak
normal.
 6.0 KEDARAAN(VIRGINITY)
--------------------------------------
  Di dalam kes zina ataupun rogol,pemeriksaan bahagian kemaluan perempuan merupakan
langkah yang penting yang dilakukan untuk menyabitkan beberapa perkara iaitu:
1) Pengakuan di rogol
2) Pengakuan bahawa suami mengalami mati pucuk oleh seorang isteri
3) Pengakuan ketidakdaraan isteri oleh seorang suami
Di antara perkara yang di periksa ialah selaput dara bagi wanita untuk mengetahui sebab
terkoyaknya selaput dara,samada koyakan itu baru ataupun lama,hubungan seks yang di
lakukan sekali ataupun lebih dari sekali
     6.1)Sebab terkoyaknya selaput dara:
      -Hubungan seks
      -Kemalangan yang melibatkan bahagian peha
      -Penyakit yang melibatkan bahagian kemaluan
   
    6.2)Koyakan tersebut baru atau lama
Koyakan baru  Koyakan lama
1)Tepi selaput merah dan berdarah Selaput berwarna pucat dan tidak berdarah
2)Selaput membengkak,sakit dan diselaputi
darah beku
Selaput tidak sakit dan tiada darah beku
3)Selepas seminggu,selaput itu akan di
selaputi oleh selaput lain
Selaput berparut
      6.3)Hubungan seks yang dilakukan sekali atau lebih
           Sekali hubungan          Lebih dari sekali
# Terdapat satu atau dua koyakan pada
selaput dara
# Koyakan yang luas pada selaput dara
# Vagina meluas dan licin 11
6.0 PEMBUNUHAN BAYI
----------------------------
  Kadar pembunuhan bayi banyak berlaku di kalangan masyarakat yang menghadapi masalah
sosial.Ianya berlaku apabila penzinaan meningkat sedangkan di dalam jiwa mereka yang terlibat
tidak ada perasaan bertanggungjawab di atas apa telah mereka lakukan.Kadangkala,terdapat
sesetengah pasangan yang sudah berkahwin tetapi merasakan anak sebagai suatu beban turut
mengambil langkah yang kejam ini,sedangkan Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat Al-Quran:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,Kamilah
yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu,sesungguhnya perbuatan
membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”(Al-Israa’:31)
  Di dalam bidang perubatan dan forensik,pembunuhan bayi(infanticide) bermaksud pembunuhan
yang di lakukan ke atas bayi yang hidup dalam tempoh 15 hari kelahiran.
Jadi di dalam prosedur dan matlamat pemeriksaan ke atas bayi adalah untuk memeriksa samada
mereka di lahirkan dalam keadaan hidup ataupun mati.Perkara tersebuat dapat di periksa melalui
beberapa cara.
(6.1)Pemeriksaan luaran
   1-Perubahan di sekeliling kulit yang bersambung dengan tali pusat
a) 1 hari kulit pusat kemerahan
b) 2 hari ulser di sekeliling kulit pusat berbentuk cincin
c) 1 minggu tali pusat terpisah daripada tubuh bayi
d) 2 minggu luka di pusat bayi sembuh sepenuhnya
   2-Perubahan kulit bayi (luruh dan bersalin kulit)
     - ianya berlaku bermula dari hari ke2 sempurna pada hari ke12
   3-Najis yang berwarna kuning di dalam perut bayi menandakan berlakunya proses pemakanan  
   4-Luka yang terdapat pada bayi di bezakan samada luka sebelum mati(ante mortem) ataupun
selepas kematian(post mortem)
(6.2)Pemeriksaan dalaman
(6.2.1)-Pemeriksaan untuk melihat samada proses pernafasan berlaku atau tidak
a)Pemeriksaan ke atas luaran paru-paru
Berlaku pernafasan Tidak berlaku pernafasan
1-Saiz peparu besar dan tepinya bulat
2- Peparu mengisi ruangan dada
3- Dalaman peparu berbentuk mozek dan
berkedut apabila di tekan
1-Saiz kecil,keras dan tepinya tajam
2-Tidak memenuhi ruangan dada
3-Tidak berbentuk mozek dan berwarna
merah jambu
b)Pemeriksaan mikroskopik ke atas sel paru-paru
Berlaku pernafasan Tidak berlaku pernafasan
1-Alveoli yang terdapat didalam peparu
mengembang dengan udara
2-Sel peparu di litupi oleh sel yang nipis
(squamous epithelium)
1-Alveoli menguncup
2- Sel peparu di litupi oleh sel yang tebal
(columnar epithelium)
c)Ujian statik(Fodere’s test)
# Teori: Peparu yang mengalami pernafasan akan meningkat dari segi berat kerana sejumlah
darah yang banyak akan melalui kawasan peparu setelah tertutupnya duktus 12
arteriosus.Jadi,berat peparu akan meningkat dua kali ganda(80 gram) apabila berlakunya
pernafasan berbanding dengan peparu yang tidak digunakan(40 gram)
d)Ujian hidrostatik(Floatation teat)
#Teori:Graviti peparu yang telah melalui proses pernafasan akan berkurangan dan terapung di
atas air manakala peparu yang belum di gunakan tidak terapung.
#Langkah-langkah ujian:
d.1)Pertamanya,seluruh organ-organ dada di letakkan di dalam bekas yang mengandungi air dan
di perhatikan keterapungannya.
d.2)Seterusnya,2 peparu di asingkan dan di belah kepada bahagian-bahagian kecil dan
diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air dan di perhatikan.Cebisan yang terapung di
ambil dan di tekan untuk mengeluarkan udara dan di letakkan kembali di dalam air.Langkah ini
penting untuk memastikan keterapunga itu berpunca dari udara dan bukanlah akibat gas yang
terhasil dari bakteria yang mengurai mayat(putrefactive gases)
#Keputusan:
d.1)Jika semua bahagian peparu tenggelam,ini menunjukkan tiada proses pernafasan berlaku
d.2)Jika sebahagiannya terapung,manakala sebahagian yang lain tenggelam,ini menunjukkan
hanya separuh proses pernafasan berlaku
d.3)Jika kesemua bahagian terapung,ini menunjukkan proses pernafasan berlaku dengan
lengkap kepada bayi dan bayi mati akibat di bunuh
e)Ujian pengapungan perut dan usus bayi(stomach-bowel floatation test)
#Teori:Apebila seorang bayi bernafas,ia turut menelan udara yang akan bergerak ke bahagian
perut dan usus.
#Langkah-langkah ujian: Perut,usus kecil dan usus besar di bahagikan dan di ikat, seterusnya di
pisahkan dan di letakkan di dalam bekas yang berisi air.Keterapungan bahagian-bahagian
tersebut di perhatikan
#Keputusan:
e.1)Jika hanya perut yang terapung,ianya adalah tanda berlakunya pernafasan
e.2)Jika perut dan usus kecil terapung,ianya menunjukkan bayi tersebut hidup selama 3 jam
e.3)Jika semua bahagian(perut,usus kecil dan usus besar) terapung,ini menunjukkan bayi
tersebut hidup selama 6 jam selepas kelahirannya.
(6.2.2)-Pemeriksaan kepada perubahan peredaran darah
a)Saluran darah tali pusat
- 2 hari Tali pusat mengecut dan di penuhi oleh darah beku
- 1 minggu darah beku memenuhi tali pusat dan mengeras
- 4 minggu Saluran darah tali pusat tertutup dengan lengkap
b)Perubahan kepada Foramen Ovale ( lubang antara 2 atrium jantung)
- ianya tertutup dengan lengkap selepas 7 hari
c)Perubahan kepada Ductus Arteriosus ( saluran penghubung arteri pulm aorta)
- ianya tertutup selepas 6 jam kelahiran
(6.3) Ciri-ciri kematangan bayi yang di lahirkan:
---------------------------------------------------
(di dalam lingkungan tempoh 9 bulan)
1-Tinggi bayi:50 cm
2-Berat bayi:3.5 kilogram
3-Berat uri(placenta):500 gram
4-Panjang tali pusat:50 cm
5-Ukur lilit kepala:13 inci
(6.4) Laporan yang perlu di buat di dalam kes kematian bayi
-----------------------------------------------------------------
1- Bentuk fizikal bayi
2- Adakah bayi di lahirkan matang(cukup bulan) atau tidak? 13
3- Adakah bayi dilahirkan dalam keadaan hidup?
4- Berapakah tempoh bayi hidup selepas kelahiran sebelum kematiannya?
5- Jenis-jenis kelahiran
6- Penyebab kepada kematian bayi
7- Tempoh kematian bayi (berdasarkan perubahan kepada mayat)
(6.5)Penderaan terhadap bayi
----------------------------
Definisi:Penderaan ialah tindakan mencederakan bayi/kanak-kanak yang di lakukan berulang
kali secara sedar dan di pengaruhi oleh tekanan hidup.
Tanda-tanda berlakunya penderaan:
1-Kecederaan yang banyak di tubuh badan bayi/kanak-kanak
2-Umur kanak-kanak yang di dera di dalam lingkungan 1-3 tahun
3-Laporan terhadap kecederaan di tangguh oleh penjaga dan di berikan alasan yang tidak
benar
4-Kajian yang di lakukan menunjukkan adanya penglibatan ibubapa atau penjaga tersebut
dalam mencederakan kanak-kanak tersebut
7.0 Fatwa mengenai bedah siasat mayat
-----------------------------------------------
 Ulama’ islam telah membincangkan perkara berkaitan dengan pembedahan secara umum
semenjak dari awal kelahiran ilmu kedoktoran lagi.Di antara fatwa yang menjelaskan tentang
perkara ini ialah fatwa yang di keluarkan oleh As-Syeikh Abdul Majid Salim yang merupakan
mufti Mesir(fatwa no.639)pada 26 Syaaban 1356(31 Oktober 1937) dengan mengharuskan
pembedahan mayat berdasarkan kaedah di dalam agama islam yang menjaga maslahah,dan
mengambil mudharat yang paling ringan.Fatwanya tentang keharusannya itu merangkumi:
1) Pembedahan mayat untuk membuktikan kesalahan ke atas pembunuh dan hanya
dengan pembedahan sahaja dapat mengetahui sebab dan punca kematian
2) Pembedahan mayat yang mati di sebabkan oleh keracunan untuk mengetahui sebab dan
jenis racun
3) Pembedahan mayat di dalam mempelajari ilmu perubatan dan mengkaji penyakit
Fatwa di atas di perkuatkan lagi dengan resolusi yang di putuskan di dalam Majma’ Feqh
Rabithah Alam Islami ke-10(24-18 Safar 1408 bersamaan 17-21 Oktober 1987) tentang keadaan
pembedahan tubuh manusia yang telah mati.
8.0 Penutup
---------------
Jelas kepada kita,bahawa bidang forensik ini amat berkait rapat dengan bidang kehakiman dan
undang-undang terutama dalam mencari bukti bagi menyabitkan kesalahan ke atas individu yang
melakukan jenayah.Tambahan pula,ianya selaras dengan kaedah “Pembuktian ke atas orang
mendakwa,dan sumpah bagi orang yang menolak pendakwaan”.Jika bidang forensik ini di
harmoni dan di selaraskan mengikut adab-adab islam,maka tidak mustahil ianya dapat
mengangkat kedudukan umat islam itu sendiri pada kacamata manusia sejagat.
Rujukan
----------
1)Al-Quran Al-Karim
2)Basic Forensic Medicine& Toxicology oleh Dr Ali Gamal El Din,Cairo University Edition
3)At-Tabib adabuhu wa fiqhuh oleh Dr Muhammad Ali Al-Bar 14
   dan Dr Zuhair Ahmad As-Sibaie
4)Dewan Siswa keluaran September 2004 keluaran Karangkraf
5)Rencana internet
Lampiran A
-------------
Kepentingan pemeriksaan rambut/bulu oleh pakar forensik
---------------------------------------------------------------------
  Rambut dan bulu merupakan bukti yang amat penting di dalam mana-mana kejadian
jenayah.Jika rambut dan bulu ini di temui pada tubuh badan mangsa dan di sahkan bahawa
ianya milik inidividu,maka ianya boleh menjadi bukti yang kukuh untuk di bawa ke mahkamah.
  Rambut dan bulu pada pandangan kasarnya adalah sama dengan gentian dan bahan seperti
benang atau bulu binatang,maka untuk membezakannya,ianya perlu di kaji melalui mikroskop.
1-Di dalam kes pembunuhan
   Rambut dan bulu mungkin di dapati pada tangan dan kuku mangsa akibat pergelutan sebelum
di bunuh.Di dalam kes rogol,bulu milik tertuduh mungkin boleh di dapati di kawasan kemaluan
dan alat sulit mangsa.
2-Pemeriksaan ke atas akar rambut(hair root)
   Pemeriksaan tersebut boleh memberi gambaran tentang cara rambut tersebut terpisah
daripada akarnya,samada gugur tanpa di tarik ataupun di tarik sehingga tercabut dari akarnya
3-Pemeriksaan ke atas hujung rambut(hair tip)
   Pemeriksaan ini memberi petunjuk tentang tempoh rambut tersebut di potong.Jika hujungnya
berbentuk tajam,ianya menunjukkan ianya baru di potong,berbeza dengan rambut yang telah di
potong selepas beberapa hari,hujungnya berbentuk bulat.
4-Di dalam kes kecederaan
   Kadangkala sesetengah luka di sebabkan oleh peralatan tumpul kelihatan seolah-olah luka
yang di sebabkan oleh peralatan tajam seperti di bahagian kulit kepala dan lutut.Jadi dalam kes
sebegini,pemeriksaan ke atas rambut dapat memberikan perbezaan.
5-Di dalam kes kebakaran
  Pemeriksaan kepada rambut dapat menjelaskan perbezaan di antara di sebabkan oleh haba
kering(nyalaan api) ataupun haba lembab(air panas atau wap).Di dalam kes haba yang
kering,rambut akan berubah bentuk(berbentuk koma dengan hujungnya bulat dan tajam)
manakala di dalam kes haba lembab,rambut tidak berubah.
6-Di dalam kes akibat di tembak dengan senjata api
   Rambut dan bulu akan berubah bentuk sekiranya di bedil oleh senjata api dalam jarak yang
dekat
7-Diagnosis keracunan
   Di dalam kes keracunan yang kronik seperti arsenik, racun tersebut akan di rembeskan kepada
rambut pesakit bermula dari akar rambut hingga ke hujungnya.
8-Pemeriksaan D.N.A
   Pemeriksaan ini boleh membuktikan identiti pemilik rambut dan bulu tersebut kerana struktu D.N.A berbeza bagi setiap induvidu.